Sunday, April 26, 2009

sejenak

si A berfikir sejenak di tepi balkoni rumahnya.
mengapa si A tidak menerimanya dulu?
apa kekurangannya?apa buruknya dia?
nak kata,takde masa depan tidak.
malah dia jauh lebih baik dari yang lain2.
lebih menarik lagi,ibu si A pn sudah merestui perhubungan mereka suatu ketika dulu.
tapi si A buta.di antara permata dengan kaca,si A lebih memilih kaca yg sudah sedia maklum akan melukakan dirinya.
permata sudah berada di depan mata.tapi si A masih tidak nampak.
sipolan ini sudah lama menunggu si A sejak dari bangku sekolah lagi sehingga la sekarang.
kadang-kadang si A berasa sungguh terharu.tapi bagi si A,sipolan ini boleh dapat yang lebih sempurna daripada dirinya.


sipolan kedua ini,mereka berkawan sudah hampir dua tahun.perkenalan mereka telah diaturkan oleh kawan si A.mereka sebenarnya pernah berjumpa suatu ketika dulu ketika itu si A mahu pulang ke kampung halaman.tapi pada masa itu,si A dengan sipolan kedua ini masih tidak mengenali antara satu sama lain.sipolan kedua ini baik kepada si A.tapi malangnya si A tidak mempunyai perasaan kepada sipolan kedua ini.si A lebih selesa berkawan daripada menjalinkan hubungan dengan sipolan kedua ini.

sipolan yang ketiga ini memang pernah menarik perhatian si A.agak lama juga mereka berkenalan.dari sudut mata si A,sipolan ketiga ini agak menarik.banyak masalah yang mereka berkongsi bersama.tidak dinafikan si A amat tertarik dengannya.sipolan ketiga ini boleh dikatakan sebagai saviour kepada si A.tapi malangnya,akibat termakan kata-kata orang luar,si A mula renggang dengan sipolan ketiga ini.dan ketika itu la datangnya sipolan yang keempat ini.

sipolan yg keempat ini mereka berkenalan melalui alam maya.pada mulanya mereka berkenalan daripada satu lelaman mencari kenalan.kemudian mereka bertukar2 emel dan mereka mula berchatting.agak lama si A mahu menerima sipolan keempat ini dek kerana masih teringat2 kepada sipolan yg ketiga td.akhirnya si A mula menukar-nukar number dengan sipolan keempat ini.sipolan keempat ini amat berbeza daripada sipolan2 yang berada di dalam hidup si A ini.
lama kelamaan si A dan sipolan keempat ini mula berjanji temu.memang tidak dinafikan raut wajahnya membuat si A terpana selain sikapnya yg amat kelakar dan suka membuat si A tergelak sendirian.memang asyik ketika itu.bak kata orang-orang tua,setiap pertemuan mesti ada perpisahan.akhirnya si A dan sipolan keempat ini berpisah.sedih tidak terkata oleh si A.jujur dari hati si A,dia masih sayangkan perhubungan itu.tapi di dalam perhubungan,jika tiada kejujuran tiada gunanya.jadi lebih baik mereka berpisah sahaja.

sipolan2 diatas ini telah memberi byk pengajaran kepada si A.mempercayai antara satu sama lain itu adalah penting dalam setiap perhubungan.dan si A tidak akan pernah melupakan kenangan2 yg pernah sipolan2 ini beri kepadanya.di sudut hatinya,sipolan2 ini amat istimewa didalam hidup si A.


harapan si A hanya satu saja,si A mahu seseorang yg memahami,menyayangi dan menerima setiap kekurangan yg ada pada diri si A.

doanya hanya satu sahaja,moga dipertemukan seorang insan yg meyayangi dirinya dengan ikhlas bukan dipaksa2.

kalian,doakan diri si A ini.moga termakbul harapan yg diimpikan itu!

Saturday, April 25, 2009

khas buat bondaku ;D

happy birthday to you!
happy birthday to you!
happy birthday to puan AZIZAH!
happy birthday to you!


happy 46th birthday puan AZIZAH!
may god always bless you!
sayang mak selalu!;D

inilah puan AZIZAH!the bestest mum in the world!
say happy birthday to her plz ;D


transformasi ;D

Sekarang aku sedang mengalami satu transformasi.

transformasinya ialah;
  1. sebelum tido aku akan menyapukan satu bahan ke muka ku iaitu, TEPUNG UBI dan dicampurkan dengan ASAM JAWA.tujuannya adalah untuk mengecutkan jerawat yang makin bercambah di muka ku ini!ohhhh.
  2. aku akan mula berdiet.weh,aku dh gemuk la!!bile tension je,mula la cari benda yg boleh mengunyah.seperti sekarang nie la,aku tengah mengunyah keropok.ahhhh..sedapnye.
buat masa nie,ini jelah perubahan yg bakal aku lakukan. ;D
sokong la aku kalian!yeah.

ohh ya,untuk pengetahuan kalian aku akan pergi jauh selepas ini.
takde la jauh sgt.aku akan pergi berhijrah ke terengganu untuk dua bulan.
jadi,jarang2 la aku entri post nnt.

Wednesday, April 22, 2009

no title for this entry.

Dalam mood kerinduan sekarang ini.
rindu terhadap orang yg jauh dengan aku!


cume nk ckp sesuatu,
SAYA RINDU AWAK SGT2 SEKARANG!!

ciao.

Thursday, April 16, 2009

katakan TAK NAK merokok!

tadi masa rehat,aku ngan kawan aku pegi la jalan2 jap kt bawah college kami tue.tibe2 tergerak hati nk pegi 7-11.saje je.nk melawat kawan aku lg sorang yg tengah bekerja ketika itu.sambil2 tue,nk cuci2 mate jap.mane tau ade yg terpaut dihati ke.hahahahahaa.

kiterang pn meneruskan perjalanan kami ke 7-11 walaupun ia tidak jauh dari college kami.sederet je,mmg tak jauh pun.lepas tue aku bukak la pintu 7-11 tue,dan aku terus menyapa kawan aku yang ketika itu sedang menjaga kaunter sambil melayan customernya.mmg pekerja contoh dia nie.bagus!dah bertegur sapa tue,tiba2 mata aku tertarik dengan satu benda ini.tak berkedip mata aku melihatnya.

aih,sejak bile ade bende2 nie kt kotak rokok?

uish,dahsyatnye!



kesiannye kt baby tue.

rokok penyebab kanser paru-paru,kanser leher.
tak sanggup den nk tengok!tutup mata sume.

gambar-gambar di atas sudah menunjukkan bahawa merokok memang tidak sihat utk kesihatan.fakta ada juga menyebut bahawa,kepada perokok2,peluang utk kemandulan adalah amat besar.

kepada perokok2 diluar sana,saya menyeru supaya berhenti la merokok.tgk kotak rokok tue pn dh cukup mengerikan dan menakutkan.anda tidak takut ke?

ohh ya,saya takkan entertain dengan perokok oke.
saya taknak mati awal dan saya taknak menjanda awal.
hahahahahha ;D

p/s; terima kasih byk2 kepada wan nur hafsah yg telah memetik beberapa gambar diatas. ;D

Wednesday, April 15, 2009

berselera BESAR!


aku mempunyai satu masalah yang amat besar sekarang!
aku sudah gemuk iye kawan-kawan!
aku mempunyai satu tabiat makan yang amat berselara sejak akhir-akhir ini.
adakah ini normal?atau aku ingin kedatangan lampu merah,sebab itu selera aku besar?

mulai dari esok aku ingin diet!
go go fifi ;D

Tuesday, April 14, 2009

goodbye friend!

harini aku kehilangan lagi seorang kawan.
actually bukan pergi untuk selama-lamanya.
dia masih lagi wujud,cume dia telah meninggalkan rumah yakni hostel kami.

takde lagi dh orang yang boleh aku kacau lepas nie.
takde lagi dh gelak tawa dia.
takde lagi la orang yg nk berexcercise kt dlm rumah nie.
takde lagi la 'kedai runcit kami'.
takde lagi la orang yg nk bershake2 lepas nie.

mesti aku rindu dengan muke blushing dia bile die malu.
mesti aku rindu nk dengar dia gelak.
mesti aku rindu nk dengar dia cerita2.

kak aimi,we gonna miss u babe!




p/s; kepada kawanku siti nuratikah saad,cepat la sembuh dari diarhea!

hari berteka teki sedunia!

harini kite main teka teki ye adik-adik.


oke,teka teki yg pertama berbunyi begini;
ape benda bila kita jolok dan keluar berulang kali kemudian ia mengeluarkan air putih?

cepat!cepat!sape pandai sila jawab.

dh give up dh?kalah dh ke?

oke,jawapan die adlh bila kita gosok gigi.cube korang pikir,bile kite gosok gigi kn keluar air putih iaitu buih2 die.hah hah.ape la korang nie.hahaha.

teka teki kedua plak,
ape bende bila mak tido,anak main taik?

kali nie sape yg terror,kita kasik hadiah!
cepat la.

aduyai,jawapan die batu giling la.hahahahha!!


next,ape benda luar kuning,dalam hitam?
ini teka teki favorite nie.

first time aku dengar teka teki nie,berdekah dekah aku gelak!
tak bleh blah betul jwpn die.
terima kasih la kepada kawan aku yang memberi teka teki nie.

dah tau blum?
oke,the answer is anak hindu dalam bus sekolah la!!
hahahahahahha!

yg seterusnya,macamana nk bezakn ikan betina dengan ikan jantan?
yg nie klo korang tak bleh jawab,tak tau den nk kato apo.

aku bg mase 10 saat,mula dr sekarang!
tet,tet,tet,tet,tet,tet,tet,teeeet.
masa sudah tamat.
jawapannye adalah ikan betina:ikan duyung manakala ikan jantan:ikan bakar (mane ade perempuan name BAKAR?)
kah kah kah.

kasik up lg minda korang eh,ape die 'jauh dimata,dekat di hati'?
hah hah,jawab jawab.

jawapan die usus la.aiyoo korang nie.
hahahaha.

oke,nie last eh.
nak cari punye la susah,tp bile dh dapat,buang macam tue je?
apekah ia?
bende nie korang slalu buat.nak dikatakan setiap hari!
lepas tue bile korang buang,sepah2 plak tue.hah,ape die?
urm,jwpn die TAIK HIDUNG LA!
suke taknak mengaku kn?
hahahaha.

cukup setakat ini.
kita berjumpa lagi,di hari dan waktu yg belum diketahui lg.
ciao! ;D

Sunday, April 12, 2009

mampus tak layan.

weh,aku benci la kau!

nak tau kenapa aku benci dan tak suke kau?

sebab kau penipu!

ingat kau tue bagus sangat ke?

ingat kau tue hot sangat ke?

pergi mati la!

makin lama,makin benci aku dekat kau!

hah,puas hati aku.

blah.

Saturday, April 11, 2009

no comment.


nasi goreng hangit?
hahahahaha.
no comment.
tak boleh dibuat menantu aku nie.
hahahahaha.
no comment.


Friday, April 10, 2009

berhenti berharap.

berhenti berharap kawan!

berhenti bermimpi kawan!

sedarkan diri kau kawan!

dia takkan menjadi milikmu lagi!

bukakan pintu itu utk yang lain kawan!

aku pasti kau boleh!

malaysia boleh!hahahahha.

Thursday, April 9, 2009

sempurna? perfect?

memang susah utk kita puaskan hati semua orang!
memang susah utk kita ceriakan hati semua orang!

bila kite buat sesuatu,ade je yg tak kene di mata orang lain padahal di mata kita dh cukup sempurna dh.
orang selalu nk cari salah kita padahal kita tak ade buat salah ape2 pn kt dia.
kita nie tak cukup sempurna ke depan dia?
atau dia yg terlampau sempurna sgt sampai org lain pn tak boleh buat salah?

awak tue sempurna sangat ke hah?
semua benda awk nk perfect,tp awak tue perfect sgt ke?
semua orang nk kene hormat awak,tp awak ade tak hormat orang?

tak semua orang di dunia ini sempurna.
jd jgn fikir yang awk itu cukup sempurna!

tak salah kan?

hahahahahaha.
salah ke klo lelaki buat breast examination?

ini la topic yang nk diketengahkan harini.

harini di class, kami mempelajari cara-cara memeriksa payudara.
klo pada orang biasa mesti diorang rase malu nk buat.
tp kami sebagai seorang jururawat,perkara ini amat lah biasa kerana di clinical posting nanti kami yang akan mengajar kepada anda2 semua.

oke,back to our story.
bagi wanita di luar sana,tolong jgn pandang remeh benda ini.
breast cancer adalah pembunuh wanita yang kedua di dunia selain cervix cancer.
perlulah diperiksa breast anda setiap bulan dan selepas kedatangan menstrual.

cara-caranya adalah berdiri di hadapan cermin,lengan di sisi badan dan bercekak pinggang.
kemudian tangan hendaklah di belakang kepala dan membongkok ke hadapan sedikit.
lakukan ya anak-anak.
jgn baca sje.practice makes perfect!hahaha.

habis je belajar cara-cara memeriksa payudara,lecturer kami pn suruh la buat demo di depan class.
yang perempuan confirm la selamat.tp bagi yang lelaki,mereka menjadi buruan lecturer kami.
hahahahhaha.macam-macam gaya yang mereka tunjukkan.
ada suara-suara nakal dari belakang yang berkata,"ala puan,diorang nie dh biasa dh pegang2 breast org" sambil gelak-gelak nakal.jahatla korang nie!
yang paling tak tahan skali bila masing-masing sume muke gelabah takut kene jd bahan gelak kt depan nnt.
rase klakar bile tgk budak-budak lelaki nie dipakaikn breast palsu.
ade yang malu-malu.ade yang relax je,kire cool la tue.hahahahaha.poyo!
ade jgk suara2 sumbang yg cakap "wei halim,malam nie ko keje la ye.aku jmpe ko kt lorong hj taib eh!" hahaha.bengong la aina cakap mcm tue!
tp best jgk bile kenekn budak2 lelaki nie.slalu diorang kene kn kiterang.
harini turn diorang la plak.

haish!tak larat la nk gelak.
sebenarnya bgus jgk klo orang lelaki nie tahu bagaimana nk periksa payudara.bukan stakat utk diri sendiri tpi utk kesenangan org lain jgk.mne la tau klo dh kahwin nnt,isteri tak reti nk buat breast examination diorang bleh tolong.hah.ade kebaikannnya belajar benda2 mcm nie.

peduli apa !



saya tak peduli apa orang nak kata kt saya.
saya tak kisah pn orang nak ckp blkg psl saya.
saya tak pernah ambil hati pn org nak mengutuk pasal saya.
yang penting saya tahu siapa saya dan dimana saya berada.
listen to your heart but not from others people heart!

Wednesday, April 8, 2009

dari lubuk hati.

susahnye klo kite sayang org tue.
susahnye klo kite cinta org tue.
dan bertambah susahnye nk lupekn org yg kita sayang dan cinta tue.

makan masa utk lupakn dia.
walaupun sekejap saja bersama,sakit tue confirm rasa.
tipu klo ckp tak sedih.org gila saje yg boleh ckp mcm tue.
dia pernah ada dlm hati seseorang itu,dan susah utk singkirkannya.
kan bagus klo ade kuasa yang boleh mengubahkan segala benda di dunia ini.
klo la ade,satu benda yang hendak diminta adlh singkirkan dia dari hidup ini.
tp masalahnya tiada kuasa utk mengubahnya.
berkali-kali dicuba utk buangnya tp masih gagal.
dan takkan aku putus asa untuk mencubanya sekali lagi sehingga la ia hilang dari fikiran dan minda ini !

im back again ;D

fuhh,setelah berkali kali log in akhirnye berjaye jgk bukak blog aku yg dh berbulan2 tak bukak nie.

sje nk perkenalkn diri aku blk.
hi,name saye nur afifah bt abu hanipah.
umur saye skrg nk cecah 2o tahun.
bakal menghabiskan pelajaran pd tahun hadapan sebagai seorang jururawat yang berkaliber.hahaha.

oke.
skrg bende yg pertama aku nk buat adalah aku nk mengaktifkan blk blog aku yg dh lame mati nie.

tp buat pengetahuan kalian,jgn la kalian membaca blog2 aku yg lepas2 itu.
itu hanye la sejarah semata-mata.hahahha.
sekarang aku mahu membuka lembaran baru dlm hidup aku ;D

KAWAN KAWAN SEKALIAN,pififi SUDAH KEMBALI! yeay.