Sunday, April 26, 2009

sejenak

si A berfikir sejenak di tepi balkoni rumahnya.
mengapa si A tidak menerimanya dulu?
apa kekurangannya?apa buruknya dia?
nak kata,takde masa depan tidak.
malah dia jauh lebih baik dari yang lain2.
lebih menarik lagi,ibu si A pn sudah merestui perhubungan mereka suatu ketika dulu.
tapi si A buta.di antara permata dengan kaca,si A lebih memilih kaca yg sudah sedia maklum akan melukakan dirinya.
permata sudah berada di depan mata.tapi si A masih tidak nampak.
sipolan ini sudah lama menunggu si A sejak dari bangku sekolah lagi sehingga la sekarang.
kadang-kadang si A berasa sungguh terharu.tapi bagi si A,sipolan ini boleh dapat yang lebih sempurna daripada dirinya.


sipolan kedua ini,mereka berkawan sudah hampir dua tahun.perkenalan mereka telah diaturkan oleh kawan si A.mereka sebenarnya pernah berjumpa suatu ketika dulu ketika itu si A mahu pulang ke kampung halaman.tapi pada masa itu,si A dengan sipolan kedua ini masih tidak mengenali antara satu sama lain.sipolan kedua ini baik kepada si A.tapi malangnya si A tidak mempunyai perasaan kepada sipolan kedua ini.si A lebih selesa berkawan daripada menjalinkan hubungan dengan sipolan kedua ini.

sipolan yang ketiga ini memang pernah menarik perhatian si A.agak lama juga mereka berkenalan.dari sudut mata si A,sipolan ketiga ini agak menarik.banyak masalah yang mereka berkongsi bersama.tidak dinafikan si A amat tertarik dengannya.sipolan ketiga ini boleh dikatakan sebagai saviour kepada si A.tapi malangnya,akibat termakan kata-kata orang luar,si A mula renggang dengan sipolan ketiga ini.dan ketika itu la datangnya sipolan yang keempat ini.

sipolan yg keempat ini mereka berkenalan melalui alam maya.pada mulanya mereka berkenalan daripada satu lelaman mencari kenalan.kemudian mereka bertukar2 emel dan mereka mula berchatting.agak lama si A mahu menerima sipolan keempat ini dek kerana masih teringat2 kepada sipolan yg ketiga td.akhirnya si A mula menukar-nukar number dengan sipolan keempat ini.sipolan keempat ini amat berbeza daripada sipolan2 yang berada di dalam hidup si A ini.
lama kelamaan si A dan sipolan keempat ini mula berjanji temu.memang tidak dinafikan raut wajahnya membuat si A terpana selain sikapnya yg amat kelakar dan suka membuat si A tergelak sendirian.memang asyik ketika itu.bak kata orang-orang tua,setiap pertemuan mesti ada perpisahan.akhirnya si A dan sipolan keempat ini berpisah.sedih tidak terkata oleh si A.jujur dari hati si A,dia masih sayangkan perhubungan itu.tapi di dalam perhubungan,jika tiada kejujuran tiada gunanya.jadi lebih baik mereka berpisah sahaja.

sipolan2 diatas ini telah memberi byk pengajaran kepada si A.mempercayai antara satu sama lain itu adalah penting dalam setiap perhubungan.dan si A tidak akan pernah melupakan kenangan2 yg pernah sipolan2 ini beri kepadanya.di sudut hatinya,sipolan2 ini amat istimewa didalam hidup si A.


harapan si A hanya satu saja,si A mahu seseorang yg memahami,menyayangi dan menerima setiap kekurangan yg ada pada diri si A.

doanya hanya satu sahaja,moga dipertemukan seorang insan yg meyayangi dirinya dengan ikhlas bukan dipaksa2.

kalian,doakan diri si A ini.moga termakbul harapan yg diimpikan itu!

4 comments:

Nadeeya Khair said...

si Afifah? haha. wow, yang kita tau kewujudan sipolan pertama dengan sipolan ke empat. tp kan. si A ni patut bersyukur kerana diduga sbgini. jadinya, perhubungan seterusnya akan lebih utuh. sebab si A dh berjaya berhadapan sedikit ujian yang agak mencabar.

btul x? btl kan ?:P

Keylee Daud said...

sedap :) doakan

HafHaf said...

sipolan ini, harus terus berdoa dan berdoa dan jangan meletakkan harapan yg tinggi utk bertemu pasangan yg sempurna.

ye aku doakan. Amin. eh eh doakan aku juga. heh?

Afifah Hanif said...

nadeeya khair: mne ade si afifah.
pandai2 je awk nie.
kite mnceritakan ttg org lain la.

hahahha.
mmg setiap dugaan yg diberi kpd si A ini byk mematangkan dirinya.


keylee daud: terima kasih kerana mendoakan si A ini ;D


hafhaf: ya betul.jgn meletakkan harapan yg terlalu tinggi
insyallah akan aku doakan utk kau. ;D