Saturday, December 18, 2010

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"   
(Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

 8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sumber: Hj Abdul Samad








Friday, December 17, 2010

Adakah dia jodoh saya?

Entah la.Tak pasti.Tak tau samada dialah orang yang aku cari selama ini.Tak tau samada nk percaya atau tak adakah dia bakal bertakhta di dlm hati nie.Tak pasti.Aku tak nak menaruh harapan yang tinggi dkt dia takut2 nnt tak menjadi lagi.Nk kata sayang,tak tau la.Tp bila tgk dia bersama perempuan lain,hati rasa sesuatu.Adakah itu rasa cemburu?Pernah hati cuba nk sayang dia,aku dpt rasa perasaan itu tp kadang2 dia akan hilang.Perasaan aku mcm tak kuat dgn dia.Mcmana?Sayang mmg sayang tp entah la.Dia kata dia tak pandai nk jaga aku dlu dan skarang dia nk tebus blk ape yg dia dh buat dlu.Beri peluang kepada dia?Mungkin.Ahhh kalau fikir psl lelaki,smpai bila2 pn tak selesai.Satu benda yg aku ingat sampai skrang iaitu,Sayangilah orang yg betul2 menyayangi kita dan jgnlah terlampau menyayangi dgn orang yg kita sayang kerana suatu hari dia akan meninggalkan dan mengecewakan kita.Nmpknya apa yg aku percaya nie mmg dh terjadi pn dkt aku,so fikir2 la sendiri ;)

Thursday, December 2, 2010

Lepaskanlah....

Tak tau apa yang dh jadi dgn diri aku nie.Hati rase meronta2 nak nangis!Tak tau apa sebab nk nangis.Yg tau skrg mmg rase nk nangis dan nk jerit sepuas-puasnya!Aduh,sshnye bile kita dh mula sygkan orang nie.Penangan dia takkan habis sampai la hati nie btul2 tertutup utk dia.Tapi hati ini takkan pernah tertutup pn untuk dia.Walaupun mulut kata yee aku akan buang dia dlm hidup ini tp hati takkan pernah menipu kita.Sedaya upaya aku utk lupakan dia dengan berbagai cara.Cuba mencari pengganti yang lain tapi hanya dia seorang saja yang lain dekat dlm nie.Hanya Allah saja tau mcmane perasaan tue.Aku cuba melupakan dia dengan asyik bekerja dan menyibukkan diri dengan benda2 lain tapi masih di sudut hati hanya dia saja.Orang lain nmpk aku gembira tp di sebaliknya biar aku seorang saja yang tahu.Mmg orang nampak aku hati kering,takde perasaan tp di dalam jiwa aku cepat tersentuh.


Ya Allah, kau biarkanlah aku jatuh cinta sekali lagi dan kau lupuskanlah ia di dalam ingatan aku.Aku dah tak berdaya lagi Ya Allah.Jika ini jalan yang terbaik untukku Ya Allah aku terima dengan hati yang redha.Kabulkanlah permintaan hambaMu ini Ya Allah.


Bagi orang yang disana,setiap hari aku akan berdoa moga kau bahagia dengan orang yang berada disekeliling engkau. Aku akan berdoa moga engkau dapat capai dengan apa yang engkau hajatkan.Aku akan gembira jika engkau gembira. Mmg takdir dah tentukan engkau bukan milikku dan aku tidak pernah menyesal dapat mengenali dirimu walaupun hanya seketika saja......

Thursday, November 4, 2010

Bahagia :)



Saya bahagia dengan hidup saya sekarang :)

Alhamdulilah,terima kasih tuhan di atas kurniaan yg telah engkau berikan kepada ku ini.
Syukur Alhamdulilah :))))

Thursday, September 23, 2010

Saya Rindu Awak!


Betul ke bile kite rindu sgt dkt org tue,kite rase mcm nk nangis?Ke perasaan aku sorang je mcm tue?Tak tau la.Rase rindu sgt dkt someone.Tp tak tau nk express mcmane.So,blog nie la yg jadik mangsa dek kerana perasaan gedik aku nie.Aduh,mcmane nie?Aku rindu sgt2 dkt org tue.Dh tak tau nk bwt ape dh.Takkan nk hentak kepala kt dinding kot?Rase nk nanges nie pn ade jgk sbb dh tak tertahan den menahan rindu di dado nie.Haiya.Baiklah.Untuk org yg dirindui tue,saya nk ckp saya RINDU sgt dkt awk.Harap awk pn dpt rasai ape yg saya rase.Hehe.Gile gatal aku nie.K la.Need to go.Daa ;)


p/s:doakan saya supaya saya dpt bekerja dgn baik k ;)


Thursday, August 12, 2010

Rinduuuuuu.....

Masuk harini dah sebulan aku duduk rumah.Tak sangka cepat sangat masa berlalu.Agak boring jugak duduk rumah nie.Tulah dlu dok asyik merungut kat dorang,bila la nak habis blaja,tak sabar nk duduk rumah,tak sabar nak relaks2 kat rumah.Nah skrg kau yang bosan sendiri.Mase time dkt college dulu rasa seronok je.Kadang2 tension jgak dgn assignment,presentation,macam2 la.Tapi bila tengok muka kawan2,hilang tension tue.Diorang nie ibarat family aku masa time blaja dulu.Time aku susah,senang,sedih,happy diorang yang slalu ada sebelah aku.Time aku frust menonggeng bercinta pn diorang la yang slalu bagi support kat aku.Rindunya dkt diorang!!!Skrg nie sorang dari diorang nie dah pn kawin dan skrg tgh pregnant 5 bulan.Hehe.Moga dia dapat melahirkan anaknya dengan sempurna nnt.InsyaAllah ;).Lepas nie tak tau la turn sape plak yang kawin,Yg penting bkn aku yg kawin dlu.Haha.

Korang,aku rindu sgt dkt korang.Rindu nk gelak same2.Rindu nak bwt lawak bangang same2.Rindu nk pegi shopping same2.Rindu nk bergosip same2.Rindu suma la psl korang!Korang la kawan yang terbaik yang pernah aku jumpa!Harap2 lepas nie kalau korang suma dah ada husband,anak jgn lupa dkt memory2 kita yang mmg aku takkan lupa! Love u guys so much muahhhhh. :)

Thursday, July 29, 2010

yes i am a STALKER! it's a BIG HEADLINE rite?

Aku dah penat stalk kau!
Aku dah tak larat!
Setiap kali aku bukak laptop aku online mesti aku akan stalk kau.
Ape kene ngan aku?
Aku mmg tak suke nk jadi stalker nie.
Tp dgn kau aku suke.
Nk tau sebab ape?
Sebab kau dah buat aku jadi org gila.
Sebab kau dah buat aku jadi org yang tak tentu arah.

Pengajaran yang kau dah bagi kt aku adalah sekarang nie aku dah belajar mcamana nk jadi org tak ada perasaan.
Thanks for that lesson.
Aku akan ingat sampai bila2.

Satu je aku nak tulis dkt sini.
Aku doakan kau bahagia dgn org2 yang kau sayang.
Aku tau aku mmg bkn org penting dlm hidup kau.
Aku harap lepas nie aku dah tak stalk kau dah sbb aku akan buang kau dalam hidup aku.
Selagi aku ingat kau,selagi tue aku akan stalk kau.
Sorry to say that.Tp aku dah tak boleh.
Aku tak kuat.
Selagi aku tak lupakan kau,selagi tue aku masih ada harapan utk kau.
Aku mmg tau sgt ape yang aku impikan tue mmg tak jadi realiti pn.
So you better wake up girl!
Give the chance to the person who really need you!

Monday, September 28, 2009

selamat hari raya maaf zahir dan batin semua!

Assalamualaikum.
hai semua.rase-rasenya dh lame dh tak post blog kn?urm,sorry.sy tersangat la busy.busy with the new semester yg boleh dikire sume subjeknye tough,then busy with my group assingment.dh final year nie mcm2 bende nk kene pikir and insyaAllah i'll be finishing my study end of june next year.aduhh,sangat la memeningkan kepala.T_T

anyway,masih belum lambat lg nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :D
raye taun nie agak kurang meriah skit.malam raye tue dh kene balik muar,kampung side ayah.memanglah best raye kat kampung,tp tak ramai sedare mare balik.then,tak sempat jumpe aunty2 side my mum.semuanye kene balik awl sbb nk raye kampung husband diorang plak.

one more thing,raye kali nie agk menyedihkan.my mum having an accident.not a big accident but still rase mcm serious.akibat daripada kecelakaan itu,my mum terpakse buat operation pada bahagian kaki.ankle die retak and tulang die patah.so doktor terpaksa masukkan 3 skru kecik dan satu wire utk sambungkan balik tulang yg patah tue.doktor ckp tulang my mum lembut dan mudah utk patah.dinasihatkan my mum supaya byk minum susu dan mkn sumber2 dri kalsium.
Alhamdulilah everything's going fine.mak pn dh boleh balik tengahari td.

oke,i should go now.tugas menjaga ibu masih belum selesai.anyway,pray for my mum supaya dia cepat sembuh dan boleh berjalan balik.AMIN!

Thursday, August 20, 2009

takde tajuk spesifik untuk post ini.baca saje la.


kenapa kita semua perlu bercinta?
kenapa kita semua perlu ada bf/gf?
kenapa kita semua perlu bergolok gadai kerana cinta?
cinta tue ape?

bende2 nilah yang telah memusingkan kepala aku dan membuatkan aku terbangun dari jaga.
yee,ape itu cinta? pada pandangan aku, cinta itu adalah sebuah perasaan yang ingin dikongsi bersama atau sebuah perasaan terhadap seseorang.betul ke? hahaha,nampak sgt aku mmg tak pakar dlm bab nie. tp tak semestinya cinta tue kita kene bercinta dengan manusia je.boleh jgak kita bercinta dengan benda lain.cinta kepada Allah pn dikira bercinta.ye tak?tapi itu pendapat aku.lain org lain pendapatnye.

semua orang kt dunia nie sume pernah bercinta.tak kisah la puppy love ke,whatever love ke,janji semua org pernah merasa.

first love aku yg setakat ini aku ingat mase aku tadika.wah,time nie pn aku dh menggatal nk bercinta.mmg ptut pn kawan aku panggil aku si gatal.ahahahahah. name die kalau aku tak silap faizal kot?yeee,sesiape yang bernama faizal sila angkat kaki anda?hahaha. dlu die satu class dgn aku mase waktu tadika.aku suke kacau die.ade pernah sekali die duduk sebelah aku ya tuhan betapa seronoknya aku.hahahahaha gatal kan aku?kalau time balik kiteorang sume berebut pegi bilik principal nk amik gula-gula.yelah waktu dulu tak pandang sume harta-harta nie yang kiteorang pandang hanyalah jajan.dan dia pasti akan amikkn gula-gula utk aku.haha sweet gile.
kalau ayah die dh sampai amik die msti dialog ini akan selalu terpacul dekat mulut aku "bye bye faizal,esok kite jumpe lagi". ahahahaha. agak menggedik disitu ye.selepas kiteorang tamat sekolah tadika aku pn dh tak jumpe lagi die.kemana agaknya dia menghilang?

naik sekolah rendah aku takde lagi dh bercinta sebab sekolah aku sekolah perempuan jadinya takkan aku nk bercinta dengan perempuan plak.ohhh lesbian ke ape?gile. cume mase aku sekolah agama dulu adelah.eh eh bukan aku yang minat dekat dia tp dia yang tergila-gila dkt aku.hahahaha.nama die aku kurang pasti tp masih ingat wajahnya.dulu aku pergi sekolah jalan kaki dri rumah atuk aku.menjadi kemestian aku akan melalui depan rumah dia.bila dia nmpak aku jalan je die pn mula keluar rumah dan berjalan di belakang aku.mula2 aku tak berapa berkenan tp dh lame2 bagus jgak budak nie jalan belakang aku.protective skit.kawan2 aku selalu ejek aku dengan dia tp aku tak layan pn sebab aku takde feeling time tue.macam2 la kawan aku plan nak pekenakan aku dengan die.gile dorang nie.sampai sekarang kalau lalu je depan rumah die ayah dengan mak pasti mengejek aku "hah tulah rumah bf kau,tak nak pegi melawat ke?". mak ayah aku pn sekaki jgak dengan dorang.adeihh.

masuk ke peringkat menengah bermulalah cinta monyet aku.waktu tue aku form three kalau tak silap.dulu aku satu tempat tuisyen dgn die.duduk takde lah sebelah menyebelah tapi dekat jgk la.agak lame jge kami berkawan sampaikan ada orang yg menghalang percintaan kami.siapa lagi kalau bukan En Abu Hanipah merangkap ayah aku.siapa sangka haritu nasib tak baik aku dengan dia sedang bersms2 terkantoi plak.ape lagi mengamuklah En Abu Hanipah.dengan pantas dan tuntasnya En Abu Hanipah pn merampas telefon bimbitku waktu itu dan aku telah digrounded sampai lah habis PMR.sangat sedih waktu itu.tp kami ade alternatif lain.tak dpt contact gune sms kami guna cari lain iaitu mengutus surat.hahahahhaha.unik gile time tue.dengan berstaple2 segala dekat keliling surat tue takut orang lain baca.dan akhirnya aku memutuskan utk broke up dgn die.yelah kononnye nk bg fully attention dkt exam time tue.lame jgak la aku tak contact dgn die sampai lah mase aku form five kiteorang contact balik sampai lah sekarang.

itulah kisah cinta monyet aku zaman dulu2.bile ingat2 balik kelakar pn ade jgk.hahahaha.zaman budak2 time tue.mane tau cinta tue ape kn?

yang penting sekarang aku tak perlukan semua tue buat mase ini.aku tak perlukan seorang lelaki yang bergelar boyfriend utk waktu ini.aku lebih selesa menjadi single dan lebih senang disayangi oleh keluarga dan rakan2.kalau nk bercinta ataupun nak ade boyfriend,ia perlukan satu komitmen yang sangat besar dan aku masih belum bersedia utk komitmen itu.setengah orang tak boleh hidup tanpa lelaki.tapi bagi aku,aku tak boleh hidup tanpa family and friends.

aku cinta pada Allah
aku cinta pada ibu bapaku
aku cinta kepada keluargaku
aku cinta kepada rakan-rakanku
dan
aku cinta kepada diri sendiri.


p/s : kepada puan azizah yakni ibu aku anda tidak perlu khuatir dengan anakmu ini yang tiada teman.satu hari nnt pasti dia akan datang juga ;D


Friday, August 14, 2009

saya sayang rumah saya.anda bagaimana?

setelah seminggu duduk dirumah dan ternyata ia sgt membosankan.
hah.
kawan-kawan sekalian,cepatlah pulang.
aku tidak mahu mati didalam kebosanan.
kalau korang blk,boleh la aku menghirup udara skit.

aktiviti yang selalu aku buat adalah:

  1. makan (ini adalah kewajipan setiap org.tak leh nk dinafikan hidup kene makan)
  2. menonton television (astro nie asyik ulang cite yg same jelah)
  3. mengemas rumah (kdg2 la.bile kene pakse dgn mak bru buat heee)
  4. menunggu kepulangan adik yg terchenta (adakah aku mempunyai ciri2 kakak yg solehah?)
  5. menonton dvd yg aku sendiri pn tak tahu berape kali aku ulang.
hah.
bosan kan?
tapi takpe la.
aku tak kisah.
janji aku dpt blk rumah.
home sweet sweet home bebeh ;D

Wednesday, August 5, 2009

soalan cepumas utk orang disana 'kau rindu aku tak?' *__*

malam nie aku rase mcm pompuan gila meroyan.
yelah!
boring tahap dewa aku mlm nie.
kawan2 aku ramai sume dh blk hometown.
tinggal aku seorang diri dlm bilik kecik lagi sempit.
sambil2 tue aku syiok layan lagu officially missing you.
sedap plak telinge aku dgr lagu nie.
masuk nie dh nk dekat 5 kali kot aku asyik replay lagu yg same smpai kawan aku tanye takde lagu lain ke nk dengar.

sambil2 layan lagu tue,aku termissing plak kt seseorang.

siapakah dia?


biar aku seorang je yg tau (*o*).
hahaha.

apa khabar kau disana?
sihat?
sudah lama tidak mendengar khabar berita.
agak sombong ye kau disana?
tidak mengapa.aku mengerti dgn situasi kau.

pssst...nk bisik kejap nie.
aku rindu sgt kat kau.
kau rindu aku tak?

sejak kebelakangan ini,aku asyik ingat kt kau.
adakah kau menjampi aku?
ahhh,lupakan saja.
tiada guna aku mengenang dikau.

sudah.
sesi berjiwang dah tamat.
aku nk tido.
esok aku akan berangkat pulang ke kampung halaman.
hoh yeah. ;D

selamat malam semuanya.
mimpi yang indah2 iye. ;D

Friday, July 31, 2009

diam seribu bahasa

aku ade sebab kenapa aku tak bercakap dengan kau.

dan jawapannya,

u ask for urself!


ibu ratu hatiku ;D

harini aku rase hidup aku suram sgt.
ntah la.
mungkin disebabkan aku dan rumet2 aku sumenye kene badi demam yg telah pn dibawa oleh aku.
ataupun aku masih bersimpati dengan nasib rakan2 aku yg dlm kesusahan.

nasib yg pertama:ibunya telah ditahan untuk dimasukkan ke wad akibat drpd tekanan darahnya yg terlampau tinggi.

nasib yg kedua:ibunya telah mengalami kecelakaan dan mengalami kecederaan ringan,
kemungkinan tgn ibunya patah akibat drpd terjatuh motor.

nasib yg ketiga:ibunya telah dimasukkan ke hospital akibat drpd mengalami kebengkakan di payudaranya.doktor mengesyaki kemungkinan breast cancer.

ya ALLAH.aku bersimpati sungguh dgn nasib rakan2 aku diatas ini.

tibe2,teringat aku kpd ibuku di kampung.
mak,mak sihat x?mak dh mkn?pipi rindu sgt kt mak.
tak sbr nk blk rumah nk cium tgn mak,nk peluk mak,nk rase masakan mak.
pipi rinduuuuu sgt kt mak!

td mak text aku.
tanye,dh baik demam blum?
betapa sayangnye mak dekat aku.hah.

haih,nk menitis air mate aku tulis post nie.
wlaupun aku nie seorang anak yg nakal,tak dengar kate dan suke buat mak aku mrh,
satu ayat je yg boleh aku rungkaikan
I LOVE YOU MUM!

hargailah ibu anda semasa mereka masih ade ini.
habiskan lah mase2 anda dengan ibu anda.
duit dan harta boleh dicari tp ibu sukar dicari ganti!

mak,tggu kepulangan pipi!
i'll be back soon ;D

p/s:titipkan lah doamu kepada ketiga-tiga rakanku diatas ini supaya ibu-ibu mereka cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.insyaALLAH.amin.

Sunday, April 26, 2009

sejenak

si A berfikir sejenak di tepi balkoni rumahnya.
mengapa si A tidak menerimanya dulu?
apa kekurangannya?apa buruknya dia?
nak kata,takde masa depan tidak.
malah dia jauh lebih baik dari yang lain2.
lebih menarik lagi,ibu si A pn sudah merestui perhubungan mereka suatu ketika dulu.
tapi si A buta.di antara permata dengan kaca,si A lebih memilih kaca yg sudah sedia maklum akan melukakan dirinya.
permata sudah berada di depan mata.tapi si A masih tidak nampak.
sipolan ini sudah lama menunggu si A sejak dari bangku sekolah lagi sehingga la sekarang.
kadang-kadang si A berasa sungguh terharu.tapi bagi si A,sipolan ini boleh dapat yang lebih sempurna daripada dirinya.


sipolan kedua ini,mereka berkawan sudah hampir dua tahun.perkenalan mereka telah diaturkan oleh kawan si A.mereka sebenarnya pernah berjumpa suatu ketika dulu ketika itu si A mahu pulang ke kampung halaman.tapi pada masa itu,si A dengan sipolan kedua ini masih tidak mengenali antara satu sama lain.sipolan kedua ini baik kepada si A.tapi malangnya si A tidak mempunyai perasaan kepada sipolan kedua ini.si A lebih selesa berkawan daripada menjalinkan hubungan dengan sipolan kedua ini.

sipolan yang ketiga ini memang pernah menarik perhatian si A.agak lama juga mereka berkenalan.dari sudut mata si A,sipolan ketiga ini agak menarik.banyak masalah yang mereka berkongsi bersama.tidak dinafikan si A amat tertarik dengannya.sipolan ketiga ini boleh dikatakan sebagai saviour kepada si A.tapi malangnya,akibat termakan kata-kata orang luar,si A mula renggang dengan sipolan ketiga ini.dan ketika itu la datangnya sipolan yang keempat ini.

sipolan yg keempat ini mereka berkenalan melalui alam maya.pada mulanya mereka berkenalan daripada satu lelaman mencari kenalan.kemudian mereka bertukar2 emel dan mereka mula berchatting.agak lama si A mahu menerima sipolan keempat ini dek kerana masih teringat2 kepada sipolan yg ketiga td.akhirnya si A mula menukar-nukar number dengan sipolan keempat ini.sipolan keempat ini amat berbeza daripada sipolan2 yang berada di dalam hidup si A ini.
lama kelamaan si A dan sipolan keempat ini mula berjanji temu.memang tidak dinafikan raut wajahnya membuat si A terpana selain sikapnya yg amat kelakar dan suka membuat si A tergelak sendirian.memang asyik ketika itu.bak kata orang-orang tua,setiap pertemuan mesti ada perpisahan.akhirnya si A dan sipolan keempat ini berpisah.sedih tidak terkata oleh si A.jujur dari hati si A,dia masih sayangkan perhubungan itu.tapi di dalam perhubungan,jika tiada kejujuran tiada gunanya.jadi lebih baik mereka berpisah sahaja.

sipolan2 diatas ini telah memberi byk pengajaran kepada si A.mempercayai antara satu sama lain itu adalah penting dalam setiap perhubungan.dan si A tidak akan pernah melupakan kenangan2 yg pernah sipolan2 ini beri kepadanya.di sudut hatinya,sipolan2 ini amat istimewa didalam hidup si A.


harapan si A hanya satu saja,si A mahu seseorang yg memahami,menyayangi dan menerima setiap kekurangan yg ada pada diri si A.

doanya hanya satu sahaja,moga dipertemukan seorang insan yg meyayangi dirinya dengan ikhlas bukan dipaksa2.

kalian,doakan diri si A ini.moga termakbul harapan yg diimpikan itu!

Saturday, April 25, 2009

khas buat bondaku ;D

happy birthday to you!
happy birthday to you!
happy birthday to puan AZIZAH!
happy birthday to you!


happy 46th birthday puan AZIZAH!
may god always bless you!
sayang mak selalu!;D

inilah puan AZIZAH!the bestest mum in the world!
say happy birthday to her plz ;D


transformasi ;D

Sekarang aku sedang mengalami satu transformasi.

transformasinya ialah;
  1. sebelum tido aku akan menyapukan satu bahan ke muka ku iaitu, TEPUNG UBI dan dicampurkan dengan ASAM JAWA.tujuannya adalah untuk mengecutkan jerawat yang makin bercambah di muka ku ini!ohhhh.
  2. aku akan mula berdiet.weh,aku dh gemuk la!!bile tension je,mula la cari benda yg boleh mengunyah.seperti sekarang nie la,aku tengah mengunyah keropok.ahhhh..sedapnye.
buat masa nie,ini jelah perubahan yg bakal aku lakukan. ;D
sokong la aku kalian!yeah.

ohh ya,untuk pengetahuan kalian aku akan pergi jauh selepas ini.
takde la jauh sgt.aku akan pergi berhijrah ke terengganu untuk dua bulan.
jadi,jarang2 la aku entri post nnt.

Wednesday, April 22, 2009

no title for this entry.

Dalam mood kerinduan sekarang ini.
rindu terhadap orang yg jauh dengan aku!


cume nk ckp sesuatu,
SAYA RINDU AWAK SGT2 SEKARANG!!

ciao.

Thursday, April 16, 2009

katakan TAK NAK merokok!

tadi masa rehat,aku ngan kawan aku pegi la jalan2 jap kt bawah college kami tue.tibe2 tergerak hati nk pegi 7-11.saje je.nk melawat kawan aku lg sorang yg tengah bekerja ketika itu.sambil2 tue,nk cuci2 mate jap.mane tau ade yg terpaut dihati ke.hahahahahaa.

kiterang pn meneruskan perjalanan kami ke 7-11 walaupun ia tidak jauh dari college kami.sederet je,mmg tak jauh pun.lepas tue aku bukak la pintu 7-11 tue,dan aku terus menyapa kawan aku yang ketika itu sedang menjaga kaunter sambil melayan customernya.mmg pekerja contoh dia nie.bagus!dah bertegur sapa tue,tiba2 mata aku tertarik dengan satu benda ini.tak berkedip mata aku melihatnya.

aih,sejak bile ade bende2 nie kt kotak rokok?

uish,dahsyatnye!



kesiannye kt baby tue.

rokok penyebab kanser paru-paru,kanser leher.
tak sanggup den nk tengok!tutup mata sume.

gambar-gambar di atas sudah menunjukkan bahawa merokok memang tidak sihat utk kesihatan.fakta ada juga menyebut bahawa,kepada perokok2,peluang utk kemandulan adalah amat besar.

kepada perokok2 diluar sana,saya menyeru supaya berhenti la merokok.tgk kotak rokok tue pn dh cukup mengerikan dan menakutkan.anda tidak takut ke?

ohh ya,saya takkan entertain dengan perokok oke.
saya taknak mati awal dan saya taknak menjanda awal.
hahahahahha ;D

p/s; terima kasih byk2 kepada wan nur hafsah yg telah memetik beberapa gambar diatas. ;D

Wednesday, April 15, 2009

berselera BESAR!


aku mempunyai satu masalah yang amat besar sekarang!
aku sudah gemuk iye kawan-kawan!
aku mempunyai satu tabiat makan yang amat berselara sejak akhir-akhir ini.
adakah ini normal?atau aku ingin kedatangan lampu merah,sebab itu selera aku besar?

mulai dari esok aku ingin diet!
go go fifi ;D